• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Faham Sains Jika Tak Fasih Bahasa Inggeris – Mahathir

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemahaman Sains dalam bahasa Inggeris memudahkan seseorang memahami arahan yang diberi, berikutan bahasa itu kerap diguna dalam industri.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata ilmu Sains kebanyakannya datang dalam bahasa Inggeris.

Beliau berkata, biarpun ia boleh diterjemah ke bahasa Malaysia, namun perkataan digunakan bukan bahasa Inggeris biasa, justeru terjemahannya mungkin tidak menggambarkan makna yang sebenar.

“Hari ini pun kita dapati mereka yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris sukar mendapat kerja. Konferensi sains antarabangsa kerap diadakan.

“Biasanya bahasa Inggeris menjadi bahasa konferensi. Jika pakar sains kita tidak fasih dalam bahasa Inggeris, Sains maka kita tidak mungkin faham perbincangan yang diadakan,” katanya ketika menyampaikan berucap pada Majlis Amanat dan Aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pagi ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Dr Mahathir berkata, sebagai seorang Melayu, beliau sayangkan bangsa dan bahasa Melayu.

Namun, katanya, pertimbangan perlu diberikan kepada kemajuan bangsa.

“Sebenarnya, jika sayang kepada bangsa, utamakan kejayaan sebagai satu bangsa dan kemajuannya lebih dari hanya kegunaan bahasa sendiri sahaja.

“Fikirlah baik-baik. Pepatah berkata “Sayang anak, tangan-tangankan, sayang isteri, tinggal-tingalkan”. Sayang bangsa utamakan kejayaan bersaing lebih daripada hanya bertutur kata dalam bahasa sendiri,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Sains bukan satu ilmu yang statik, sebaliknya ada sahaja perkara baharu yang dikenali dan diperalatkan setiap hari.

Berikutan itu, katanya, amat sukar untuk memahami, menterjemah dan mentafsirkan ke dalam bahasa Melayu.

Katanya, negara juga tidak mungkin mempunyai pakar sains yang akan menterjemahkan, berpuluh-puluh kertas hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang setiap hari.

“Jika kita tidak mempunyai ilmu yang terbaharu, kita akan ketinggalan kerana tidak mengguna ilmu ini. Kita semua tahu hari ini terdapat banyak hasil selidikan tiap hari. Banyak perkataan baharu yang dicipta,” katanya.

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, negara ini ada tiga kaum utama, jika Sains diajar menggunakan bahasa Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan dan bahasa Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan berkemungkinan mereka yang menguasai bahasa itu hanya akan berbincang sesama sendiri.

“Dalam bidang Sains ahlinya perlu berbincang sesama mereka masalah sains yang ditemui. Mungkinkah mereka yang berbahasa Kebangsaan, Mandarin dan Tamil berbincang sesama mereka,” katanya. – BH Online

Tags: Bahasa InggerisMahathir MohamadPPSMI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Dilarang Ikuti Prosiding Kes Isteri Dalam Mahkamah

Next Post

AUKU Akan Diganti Dengan Undang-Undang Lebih Baik

Related Posts

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Next Post

AUKU Akan Diganti Dengan Undang-Undang Lebih Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd