• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Maut Ditetak, Isteri Cedera

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BURUH ladang maut ditetak rakannya di ladang sawit Kampung Beril Paka, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 2.45 pagi tadi, Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, maut akibat ditetak di lehernya.

Isteri mangsa, Rosnah Muhamed, 34, yang turut ditetak selamat dan cedera di bahagian tangan kanan ketika menahan tetakan parang suspek.

Sebaik menetak kedua-dua mangsa, suspek warga Indonesia, 29, melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, sebelum kejadian, suami isteri yang tinggal di kampung Cacar Paka itu bersama lima anaknya berkunjung ke rumah suspek di kawasan ladang terbabit kira-kira 8 malam tadi.

“Mangsa mengenali suspek sejak empat tahun lalu dan mangsa bekerja di ladang bersebelahan dengan suspek.

“Mereka sekeluarga sempat makan malam di rumah suspek dan bercadang untuk tidur di rumah suspek,” katanya.

Baharudin berkata, pada 2.45 pagi, isteri mangsa mendapati suaminya dan suspek masih belum tidur.

“Suspek ketika itu memegang parang sambil menebas belukar di sekitar kawasan rumahnya sebelum tiba-tiba menghampiri mangsa.

“Melihat keadaan suspek yang berkelakuan ganjil itu, mangsa kemudiannya mengambil parang di dalam keretanya dan bertanya masalah yang dihadapi suspek namun suspek mendakwa tiada sebarang masalah,“ katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya merapati suspek dan merampas parang ditangan suspek.

“Bagaimanapun suspek merampas parang di tangan mangsa dan terus menetak mangsa sebelum meluru dan menetak isteri mangsa pula.

“Isteri mangsa bernasib baik kerana sempat menahan tetakan suspek sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Baharudin berkata, isteri mangsa membawa kereta keluar dari kawasan kejadian dan meminta bantuan di tapak pos pengawal projek pembinaan keretapi di situ.

“Pengawal terbabit kemudiannya mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Paka dan mangsa disahkan meninggal ketika dalam perjalanan,“ katanya.

Menurutnya, polis kini memburu suspek.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – myMetro Online

Tags: kes tetakTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd