• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Seperti Biasa 1 Hari Lagi Di Pejabat” – Mahathir

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Seperti biasa satu hari lagi di pejabat.”

Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkongsi di Instagram, Twitter dan Facebook beliau tiga keping gambar dirinya sedang bekerja di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada 9.29 pagi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatan beliau sebelum itu pada hari yang sama.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengumumkan Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh semalam dan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam mengumumkan Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Zuki berkata dalam tempoh itu, Dr. Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Beliau juga berkata Al-Sultan Abdullah, atas nasihat perdana menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.

Tags: Mahathir Mohamadperdana menteri interimperdana putra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd