• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Terlibat Dengan Akuan Bersumpah” – Mahathir

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui tidak terlibat dengan sebarang Akuan Bersumpah (SD) untuk kekal memegang jawatan sebagai perdana menteri selama satu penggal.

Dr. Mahathir berkata, laporan yang mengatakan terdapat satu SD yang mempunyai sokongan seramai 138 ahli parlimen supaya mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri, tidak melibatkan dirinya.

Katanya, beliau sendiri hairan bagaimana wujudnya angka seramai 138 Ahli Parlimen menandatangani SD tersebut.

“Hari ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti. Bagaimana boleh dapat angka 138 itu. Saya yakin ini orang lain punya kerja dan saya tidak tahu mereka boleh buat macam itu,” katanya ketika sidang media selepas Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.

Selasa lalu, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.

Laporan itu turut mendakwa, ahli Parlimen yang setia kepada UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diminta untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun itu untuk menyokong penangguhan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar sehingga PRU akan datang.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi pendiriannya berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan sebagai perdana menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Katanya, beliau mendengar pelbagai cerita mengenai jawatan yang disandangnya.

“Ada yang sampai mahu saya jadi perdana menteri 20 tahun lagi, saya umur 94, beberapa bulan lagi umur 95. Mana boleh tahan untuk pegang jawatan PM,” katanya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik hasil perbincangan pertemuannya bersama Dr. Mahathir di akaun Twitter peribadinya.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, beliau membangkitkan isu peralihan kuasa susulan terdapat laporan yang menyebut ada usaha daripada PAS, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan (akuan berkanun – SD) menyokong kepimpinan Dr. Mahathir sehingga akhir penggal. – Sinar Harian

Tags: akuan bersumpahMahathir MohamadPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd