Friday, February 23, 2024

Creating liberating content

Polis Melaka Tahan 5...

MELAKA - Polis menahan lima lelaki yang leka bermain judi siber dalam serbuan...

Tentera Rejim Mara Ke...

HAMURIYYEH - Tentera rejim Syria mara ke bandar utama di Ghouta Timur lewat...

Nabil Terima Jemputan Tunaikan...

JEMPUTAN menjadi tetamu Allah S.W.T bagi melaksanakan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah...

Peserta Himpunan Berdepan Tindakan

Kuala Lumpur : Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam...

“Saya Tahu Akan Kena Kecam Teruk” – Dayana

JUARA Idola Kecil 2009, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah atau Dayana, 21, mengakui dia sedar akan berhadapan kecaman lebih teruk daripada warganet sebaik membuat tuntutan secara serius berkaitan hak penciptaan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel.

Dayana berkata sejak isu berkaitan hak penciptaan bersama lagu Sumpah itu dibuatnya pada Julai, tahun lalu, pelakon drama Elly Epit ini sudah teruk dikecam warganet.

Menurut Dayana yang juga bekas kekasih Naim, paling membuatkan dia terkilan apabila ada segelintir warganet melabelkannya sebagai penunggang agama dan muncul kerana mahukan publisiti.

“Apapun, saya tak kisah dengan kecaman warganet kerana tindakan dibuat ini mengikut prosedur yang betul. Saya bersuara kerana memang ada hak pada penciptaan lagu Sumpah itu.

“Sebenarnya, sebelum mengambil tindakan ini (undang-undang) saya pernah memuat naik status di media sosial membuat penjelasan mengenai hak penciptaan bersama lagu Sumpah, tetapi diminta pihak penyanyi berkenaan (Naim) supaya memadamnya dan ia akan diselesaikan.

“Namun, dia tidak menghubungi saya untuk memberi penjelasan lanjut dan menyelesaikannya tetapi semua urusan dibuat Naim menerusi ibu saya, Che Rohaida Che Daud.

“Dengan ibu saya pun, dia tidak menjelaskan mengenai isu penciptaan bersama lagu Sumpah yang saya minta, sebaliknya memohon maaf kerana perkara lain.

“Bagaimanapun, bila isu penciptaan lagu Sumpah ditanya pihak media, Naim sering memberi jawapan sudah selesai, namun sebenarnya tidak pernah berakhir pun,” katanya.

Dayana berkata dia juga didakwa ‘tak boleh move on‘ oleh segelintir warganet, meskipun realiti Naim tidak pernah berbincang dengannya untuk merakamkan lagu Sumpah itu.

“Sebagai pencipta bersama lagu Sumpah yang kami hasilkan pada 2015, ketika saya berusia 16 tahun adalah wajar untuk saya mengetahuinya.

“Saya ada hak pada lagu ini (Sumpah) dan kenapa ia dilenyapkan tanpa sebarang perbincangan. Saya ada menghubungi Naim untuk penjelasan dan mahu kami berbincang tetapi tidak diendahkan,” katanya.


Dayana sudah mendirikan rumah tangga bersama salah seorang pelakon dalam drama Elly Epit iaitu Hadi Mazlan pada tahun lalu.

Ditanya penerimaan suaminya, Dayana berkata dia sudah berbincang dengan Hadi sebelum langkah melalui perundangan ini diambil.

“Saya terlebih dahulu sudah berbincang dengan suami dan memikirkan apa kesan akan diterima apabila membuat tuntutan hak penciptaan bersama lagu Sumpah ini.

“Alhamdulillah, suami sangat memahami dan menyokong kerana dia tahu saya hanya mahu menuntut hak serta ingin Naim bersikap jujur kepada peminatnya untuk memaklumkan perkara sebenar berkaitan penciptaan lagu yang kami hasilkan bersama,” katanya.

Semalam, Dayana hadir ditemani suami dan ibunya tampil mengadakan satu sidang media yang berlangsung di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dayana diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar. Hadir sama, Pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd.

Pada sidang media itu, Dayana turut memberi tempoh selama seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu adalah karya ciptaan bersama mereka sebelum tindakan undang-undang selanjutnya.

Pada 9 Februari lalu, lagu Sumpah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) terbitan TV3. – myMetro Online

Kategori