• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Sendiri Produk PPSMI” – Syed Saddiq

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengakui beliau sendiri adalah produk daripada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang sudah dimansuhkan.

Justeru, Ahli Parlimen Muar itu berkata, hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan semula bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik disifatkan sebagai cadangan ikhlas Perdana Menteri bagi meningkatkan penguasaan bahasa terbabit dalam kalangan rakyat.

“Secara peribadi saya bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri kerana saya sendiri adalah hasil produk PPSMI yang mana dasar itu banyak membantu saya sejak dari sekolah sehingga ke hari ini.

“Bahasa Inggeris saya dahulu amat lemah dan PPSMI membantu saya dalam pembelajaran sehingga saya mengguna pakai ke alam universiti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi pertemuan dan makan tengah hari bersama peserta Malaysia Future Leaders School (MFLS), di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata, walaupun cadangan Perdana Menteri itu dianggap tidak popular, ia menunjukkan sifat ikhlas Dr. Mahathir bagi membantu rakyat menguasai bahasa Inggeris.

“Saya tahu perkara ini bukan mudah dan tidak popular tetapi saya memberikan sokongan penuh kepada Dr. Mahathir kerana beliau berniat ikhlas untuk memastikan anak muda khususnya di bandar mendapat pendidikan terbaik.

“Saya faham (ada rungutan dan bantahan). Jadi dalam perkara ini, segala keputusan dan perbincangan akan dimuktamadkan secara bersama dalam Kabinet,” katanya.

Perdana Menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya, Jumaat lalu, menekankan mengenai perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Dr. Mahathir, yang juga pemangku Menteri Pendidikan, berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara.

Dasar PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 kemudian digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat mulai 2010. – BH Online

Tags: Mahathir MohamadPPSMISyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd