• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saham AirAsia Terus Merosot Berikutan Siasatan Rasuah

oleh
04/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAHAM AirAsia Group Bhd. (AAGB) dan AirAsia X Bhd. terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.

Sehingga jam 10 pagi, AirAsia Group merosot enam sen atau 4.69 peratus kepada RM1.22 dengan 24.07 juta saham bertukar tangan manakala AirAsia X susut setengah sen atau 4.17 peratus kepada 12 sen dengan 7.89 juta saham diniagakan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, AAGB berkata, Pengerusi Eksekutif, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes melepaskan jawatan eksekutif mereka dalam kumpulan itu berkuat kuasa serta-merta berikutan siasatan tersebut.

“Atas cadangan jawatankuasa, Tharumalingam Kanagalingam dilantik sebagai pemangku interim Ketua Pegawai Eksekutif AAGB,” katanya.

Kamarudin dan Fernandes akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bukan bebas bukan eksekutif AAGB.

Dalam kenyataan berasingan semalam, kedua-dua mereka menafikan dakwaan salah laku sebagai pengarah di AirAsia.

Mereka berkata, Perjanjian Pendakwaan Tertunda Airbus dan kandungannya dicapai tanpa sebarang rujukan kepada mereka.

“Tiada sebarang penjelasan yang diminta daripada kami. Ini jelas melanggar prinsip undang-undang asas keadilan. Kami tidak akan menjejaskan syarikat yang kami bina sepanjang hayat kami sehingga ia menjadi syarikat berstatus global.

“Oleh itu, untuk memudahkan siasatan penuh dan bebas oleh AirAsia, kami melepaskan jawatan eksekutif kami berkuat kuasa serta-merta untuk tempoh dua bulan, atau tempoh lain yang mungkin difikirkan sesuai oleh syarikat,” kata mereka.

Bagaimanapun, Kamarudin dan Fernandes berkata, mereka akan terus membantu AirAsia sebagai penasihat apabila diperlukan dan mengalu-alukan sebarang siasatan oleh pihak berkuasa.

“Kami akan memberikan kerjasama kami yang sepenuhnya,” kata mereka.

Laporan berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan eksekutif AirAsia turut melibatkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai perkembangan lain, MIDF Research menurunkan penarafan AAGB kepada ‘neutral’ daripada ‘beli’ susulan lebih banyak andaian kapasiti yang konservatif, berikutan wabak koronavirus selain kebimbangan mengenai siasatan rasuah yang didakwa itu.

Kapasiti AAGB ke China kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan kapasiti.

AAGB baru-baru ini mula melindung nilai keperluan bahan apinya berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah Brent di bawah AS$60 setong.

Firma penyelidikan itu menyemak semula harga sasaran kepada RM1.20 daripada RM1.86 sesaham.

Tags: AirAsiaAirAsia XAirbusrasuahSaham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Albert Tei didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap empat tuduhan memberi suapan RM176,829.03...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd