• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rashid Tiada Kuasa Tolak Usul Undi Percaya

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS menegur tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dilaporkan menolak usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan dibawa ke Dewan Rakyat bulan depan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dalam Perkara 18(2), Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak sama ada mahu menerima atau menolak mana-mana usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen.

Menurutnya, dalam Perkara 7(1) memperuntukkan bahawa tugas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat hanyalah untuk mempengerusikan Dewan jika Yang Dipertua tidak hadir.

“Alasan yang digunakan oleh Mohd Rashid, mengikut akhbar Berita Harian ialah ‘usul yang ingin dibawa PAS itu tidak menyentuh kepentingan umum dan tidak perlu disegerakan’.

“Langsung tidak disebut dalam Perkara 18(2) mengenai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi yang disebut hanyalah mengenai Yang Dipertua Dewan Rakyat, menunjukkan ini adalah kuasa mutlak Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mempersoalkan bagaimana Mohd Rashid boleh menolak usul berkenaan sedangkan surat belum pun diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Inilah bahananya bila Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dipilih daripada Ahli-Ahli Parlimen kerana sebagai Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili parti tertentu, mereka pastilah memiliki kepentingan tertentu dan bersifat partisan dalam isu-isu tertentu.

“Keputusan hanya boleh dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah pemberitahu bersurat dikemukakan bersekali dengan penjelasan bertulis.

“Dalam membuat keputusan ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat sewajarnya mengambil kira duluan dalam usul-usul sama yang pernah dibuat pada 1976, 1997 dan 2003,” katanya. – Sinar harian

Tags: Dewan RakyatMahathir MohamadPASundi percaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd