• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Barang Didakwa Buat Kenyataan Palsu COVID-19

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan palsu berhubung penularan jangkitan COVID-19 di laman profil Facebooknya.

Shamsul Anuar Mohd Khairi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret M Saravanan.

Lelaki itu didakwa membuat kenyataan dalam laman ‘Facebook’ mengenai jangkitan COVID-19 di dalam bas persiaran di negara ini yang digunakan oleh pelancong dari China dan jangkitan itu akan aktif apabila berlaku musim panas melampau, dengan niat hendak atau mungkin menyebabkan ketakutan kepada awam supaya orang awam terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Wangsa Maju di sini pada 9.53 pagi, 27 Januari lalu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rajdeep Singh tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam P Suthes yang mewakili Shamsul Anuar memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin kerana tertuduh penanggung tunggal keluarga dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

“Anak guam saya mempunyai lima anak yang masih bersekolah serta seorang isteri tidak bekerja. Saya juga mohon jaminan minimum,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri seminggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes.

Tags: Covid-19kenyataan palsukoronaviruspenghantar barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd