• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas SMMG Ditahan Reman

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIASATAN berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membawa kepada penahanan pengasas skim pelaburan Self Made Millionaire Group (SMMG), Khamis lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis menahan lelaki berusia 47 tahun itu di sekitar Petaling Jaya jam 7.30 malam selepas pihaknya menjalankan risikan kegiatannya.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengenai modus operandi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa kepada skim penipuan ini agar tampil segera membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan seterusnya menahan mereka yang terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan skim pelaburan SMMG sudah disenaraikan dalam Senarai Amaran Kewangan Pengguna sejak 27 Mei tahun lalu.

BNM memaklumkan senarai skim, syarikat dan laman web disenaraikan itu tidak berdaftar dan tidak mematuhi akta dan undang-undang berkaitan kewangan ditadbir BNM.

“Senarai ini adalah panduan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan ia dikeluarkan selepas BNM menerima aduan dan maklumat daripada pengadu berhubung produk yang ditawarkan.

“Sehingga kini, 438 syarikat sudah disenaraikan dalam senarai berkenaan. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang deposit ayau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia,” katanya. – myMetro Online

Tags: Self Made Millionaire GroupSkim Pelaburan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Angka Kematian Akibat Koronavirus Meningkat 910 Orang

Next Post

Sokongan DAP Lebih Cenderung Kepada Mahathir

Related Posts

‘Ini Klang Bandar Diraja, Bukan Di Colombia’ – KPN

Tergoda Skim Pelaburan Di Laman Sosial, Ahli Perniagaan Rugi RM688,300

04/02/2024
0

KUALA TERENGGANU - Gara-gara tergoda dengan skim pelaburan yang ditawarkan di media sosial, seorang ahli perniagaan berputih mata kerana terpaksa...

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

23/01/2024
0

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan ada terbabit dengan mana-mana skim pelaburan seperti yang...

Next Post

Sokongan DAP Lebih Cenderung Kepada Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd