• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Facebook ‘Kelvin Cao’ Dipercayai Warga Tempatan

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan individu yang bertanggungjawab memuat naik status penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam di laman sosial Facebook ‘Kelvin Cao’ adalah warga tempatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata, siasatan masih dilakukan untuk mengesan pelaku terbabit.

“Siasatan awal kita syaki individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu adalah warga tempatan.

“Kita sedang berusaha mengesan dia dan tangkapan akan dibuat secepat mungkin,” katanya hari ini.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes terbabit dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sejak 10 Februari lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM).

Terdahulu, satu akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Kelvin Cao’ tular selepas memuat naik kenyataan yang berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Malah, kenyataan terbabit turut diselitkan dengan ayat berbaur lucah hingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada kalangan netizen.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasat dan ditangkap serta-merta.

Tags: facebookhina islamhina melayupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd