• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 4 Sekeluarga Maut

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Seorang pemandu treler di hadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini atas empat pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian empat sekeluarga termasuk seorang anggota polis Khamis lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Y Vethri Vel, 26, tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Vethri Vel yang masih bujang didakwa memandu treler bernombor pendaftaran WUA 5761 dan T/BD6993 di Kilometer 37 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar secara melulu hingga menyebabkan kematian empat individu pada jam 10.20 malam, 13 Februari lalu.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Faiz Bakhari, 28; Nik Iedayu Nik Hassan, 30; Nik Ifeka Nik Hassan, 27 dan seorang bayi lelaki, Mohamad Faqih Irsyad Mohamad Faiz.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei ketika pendakwaan meminta memohon memberikan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norlida Ishak merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh masih menyara kedua ibu bapa dan tiga adik termasuk seorang yang masih bersekolah.

Norhabsarina kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan 23 Mac ini sebagai sebutan semula kes dengan kehadiran seorang jurubahasa.

Dalam kejadian itu, Mohamad Faiz yang juga anggota polis bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput maut di tempat kejadian bersama isteri, Nik Iedayu, anak bongsu mereka, Muhammad Faqih Irsyad berusia 16 bulan serta kakak ipar, Nik Ifeka.

Nahas membabitkan sebuah treler dan kereta jenis Proton Saga BML itu turut mengakibatkan anak sulung mangsa, Muhammad Fariz Iskandar, 3, cedera parah.

Ketika kejadian, semua mangsa baru selesai menikmati makan malam bersama di sebuah restoran dan dalam perjalanan pulang ke Kompleks Perumahan PDRM Sungai Siput sebelum terlibat kemalangan.

Siasatan awal mendapati treler muatan bahan binaan yang dipandu dari arah Ipoh itu hilang kawalan sebelum terbabas hingga memasuki jalan bertentangan menyebabkan kereta mangsa tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian tepi treler sebelum dihempap dengan muatan kenderaan berat itu. – Sinar Harian

Tags: kemalangan mautpemandu treler
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd