• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Mabuk: Keluarga Mangsa Timbang Tindakan Undang-Undang

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 13 Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth dekat sini awal pagi ini akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu kereta yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan dua lelaki maut dalam kejadian itu.

Muhammad Amin Najmi, Azaman Hashim, 49, berkata tindakan undang-undang itu demi keadilan buat anaknya dan sahabat baik anak kedua daripada empat beradik itu, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, yang maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta berkenaan.

“Saya akan berbincang dengan keluarga Muhamad Syaiful untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk saman ke atas pemandu wanita tersebut. Ini keadilan untuk kedua-dua arwah.

“Saya juga berharap pihak kerajaan dan polis  dapat ambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemandu mabuk ini kerana sejak kebelakangan ini, kita kerap dengar kes kemalangan maut disebabkan mereka (pemandu mabuk) kes makin meningkat, mereka yang tidak bersalah jadi mangsa,” katanya ketika ditemui di bahagian forensik Hospital Kepala Batas, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 2.30 pagi itu,  Muhammad Amin membonceng motosikal Yamaha 125 ZR yang ditunggang Muhamad Syaiful dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Paya Keladi Hujung, di sini sebelum dilanggar dari belakang.

Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dan motosikal mereka hangus terbakar manakala wanita yang memandu kereta Toyota Vios serta berada di bawah pengaruh alkohol itu tidak mengalami kecederaan.

Azaman yang bekerja kilang berkata beliau dan isteri, Normasirah Mat Sidik, 47, sempat makan bersama Muhammad Amin pada 11 malam tadi sebelum dia keluar dengan rakannya kerana ada hal kerja yang perlu diselesaikan.

“Ibunya sempat pesan supaya balik awal kerana dia bekerja pagi ini, kami hanya tahu arwah terlibat kemalangan selepas dihubungi pihak polis dan saya terus bergegas ke lokasi kejadian,” katanya anaknya bekerja sebagai kontraktor pendawaian.

Jenazah Muhammad Amin dan Muhamad Syaiful dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Paya Keladi, hari ini.

Tags: kemalangan mautpemandu mabuksaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd