• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lawan Arus Disyaki Mabuk – Polis

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Pemandu kereta jenis Ford Fiesta yang memandu secara melawan arus di Kilometer 17.5 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) berdekatan susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban sehingga mengakibatkan seorang maut pagi tadi disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sampel darah lelaki berusia 30 tahun itu telah pun diambil.

“Lelaki itu masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban atas kecederaan dialami dan kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Kemalangan pada jam 3.20 pagi tadi melibatkan dua kereta serta tiga motosikal dan pemandu kereta yang maut dikenali sebagai Abdul Salam Saad, 34, dari Felda Keratong 5, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang.

“Ketika kejadian Abdul Salam yang memandu kereta Proton Persona dan tiga penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kereta Ford Feista dari arah Kajang dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam lalu mengakibatkan pelanggaran itu.

“Akibat kemalangan itu, Abdul Salam meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala. Tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal jenis Yamaha berusia 16,17 dan 21 tahun hanya cedera ringan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kemalangan mautpandu lawan aruspemandu mabuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd