• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obor-Obor Beracun Muncul Di Perairan Terengganu

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak menyentuh obor-obor beracun yang dikenali sebagai portuguese man o’ war (physalia cnidaria).

Hidupan laut itu ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu, di sini oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marang ketika sedang menjalani Latihan Penyelamat Pantai APM, dua hari lalu.

Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, hidupan laut dalam spesies obor-obor yang dikategorikan dalam filum cnidaria itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa.

“Physalia adalah haiwan yang dikategorikan dalam filum cnidaria bersama-sama obor-obor di mana ia tidak boleh berenang dan bergantung kepada arus.

“Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menjauhkan diri, tidak menyentuh atau berenang di kawasan yang terdapat spesies tersebut.

“Sama seperti obor-obor biasa, elakkan diri daripada terkena pada badan kerana ia akan menyebabkan kegatalan.

“Setakat ini tiada antivenom untuk merawat bisa yang disebabkan sengatan physalia.

“Rawatan yang ada adalah berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, haiwan tersebut biasanya ditemui di Lautan Pasifik, namun sejak kebelakangan ini ia turut dikesan di perairan Thailand, Kuantan, Pulau Tioman dan Sabah.

“Sekiranya hidupan ini ada ditemui di Marang dan Setiu, bermakna di perairan Kuala Terengganu pun berkemungkinan ada spesies haiwan yang sama,” katanya. – Sinar Harian

Tags: obor-obor beracunTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd