• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sindir Pendirian Bercelaru 3 Pemimpin PH

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) yang dilihat seolah-olah tidak teguh pendirian susulan kemelut politik yang melanda tanah air sejak Ahad lalu.

Menerusi ciapan di Twitter kira-kira sejam lalu, Najib menulis tiga nama pemimpin parti gabungan itu iaitu Setiausaha DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua ciapan tersebut ditujukan secara spesifik kepada tiga pemimpin terbabit yang dilihat mengeluarkan kenyataan bercanggah dalam tempoh hanya selang sehari.

Ciapan awal Najib ditujukan kepada Guan Eng dengan menulis, “Isnin – Please come back, DAP pleads with Dr. M tetapi pada Rabu – DAP sokong Anwar jadi PM.”

Kepada Mat Sabu beliau menulis, “Isnin – Amanah sokong Tun M jadi PM tetapi pada Rabu Amanah sokong Anwar jadi PM.”

Anwar turut disindir dengan mengatakan, “SD (akuan bersumpah) sokong Tun M jadi PM dah tak relevan sebab Tun tak hadir meeting, kami calon saya jadi PM,” ciapnya.

Walaupun hanya menulis ringkas kenyataan ketiga-tiga pemimpin itu tanpa sebarang huraian, mesej tersirat cuba disampaikan amat jelas iaitu berhubung pendirian ketiga-tiga pemimpin PH itu.

Sebelum ini, Guan Eng menerusi DAP dilaporkan berhasrat mengesyorkan kepada Majlis Presiden PH untuk mencalonkan Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri supaya PH dapat terus memenuhi dan menyampaikan janji dalam Manifesto Pilihan Raya PH.

Mat Sabu turut senada mengenai hal tersebut apabila menyatakan Amanah juga akan terus menyokong kepimpinan bekas Pengerusi Bersatu itu.

Anwar juga merayu Dr. Mahathir supaya tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, menerusi sidang media khas PH petang tadi, ketiga-tiga pemimpin itu sepakat mencalonkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri kelapan. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadNajib Tun Razakpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd