• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Keluarga Dibenar Periksa Barang Sitaan

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga untuk memeriksa secara fizikal barangan yang didakwa dibeli dengan dana yang disalurkan dari 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata mereka harus diberi peluang untuk menjalankan pemeriksaan untuk membela diri terhadap barangan yang dirampas itu.

Beliau berkata kebimbangan keselamatan di pihak kerajaan boleh ditenangkan kerana pemeriksaan boleh dijalankan di premis bawah kawalannya.

“Saya juga tak faham bagaimana pengeluaran barang-barang itu akan menyebabkan kemerosotan barang berharga,” katanya.

Zaini menetapkan syarat bahawa pemeriksaan mesti dijalankan di premis yang ditetapkan kerajaan dan hanya pemohon boleh berada di situ dengan pengawasan.

Beliau berkata hanya seorang peguam boleh bersama setiap seorang pemohon.

“Pemeriksaan hanya boleh dibuat sekali dalam tempoh 2 minggu akan datang dan kemudian pemohon membuat afidavit kepada mahkamah,” katanya.

Beliau berkata sama ada sitaan barang-barang itu bermerit akan ditentukan selepas penghujahan oleh pihak-pihak terlibat.

Najib, isterinya Rosmah Mansor dan anak mereka Nooryana Najwa membuat permohonan penzahiran itu susulan saman pelucuthakan oleh kerajaan terhadap ratusan barang-barang yang dirampas dari 3 premis yang dikaitkan dengan keluarga itu selepas pilihan raya umum ke-14.

Pihak pendakwaan bersetuju menyediakan gambar-gambar berwarna barang-barang dirampas itu, serta gambaran terperinci seperti label produk, lambang, kad hadiah, dan bungkusan.

Antara barang-barang itu adalah 315 beg tangan pelbagai jenama mewah, 14 jam, dan 27 pasang kasut pelbagai jenama, serta wang tunai pelbagai mata wang, termasuk RM537,000, £2,700, LKR2,870,000, RM187,750 wang lama, dan £320,500.

Najib, Rosmah, dan Nooryana membuat permohonan penzahiran pada 18 Julai tahun lepas memohon untuk dibenarkan memeriksa secara fizikal barang-barang yang dirampas polis.

Mereka mendakwa gambar barang-barang yang disediakan pendakwaan itu “tidak jelas”.

Mereka membuat permohonan itu atas alasan sebahagian daripada kotak-kotak, beg-beg tangan, dan bekas yang dirampas dikeluarkan daripada bungkusan asal dan ini menyebabkan kekeliruan dalam proses pengenalpastian. – FMT

Tags: 1MDBbarang disitaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd