• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Zuki Pengerusi Mesyuarat Khas KSU Kementerian

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali mempengerusikan mesyuarat khas bersama kesemua ketua setiausaha kementerian bagi meneruskan perkhidmatan seperti biasa.

Mohd Zuki berkata, mesyuarat itu dilakukan bagi memastikan kelangsungan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan sedia ada untuk rakyat dan negara.

“Mesyuarat khas bersama ketua-ketua setiausaha kementerian bagi meneruskan khidmat seperti biasa untuk kelangsungan perancangan dan pelaksanaan dasar sedia ada untuk rakyat dan negara,” katanya menerusi twitter Mohd Zuki Ali hari ini.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya.

Susulan itu, Mohd Zuki dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, dalam tempoh itu, Dr. Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Mohd Zuki turut memaklumkan Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik semalam.

Tags: Ketua Setiausaha NegaraKSU Kementerian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

14 Hari Untuk KSU Kementerian Serahkan RUU Ke Parlimen

14 Hari Untuk KSU Kementerian Serahkan RUU Ke Parlimen

12/08/2024
0

KUALA TERENGGANU : Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta mengemukakan semua rang undang-undang (RUU) terutamanya yang bahari kepada Parlimen dalam...

KSN Ketuai Sembah Taklimat Pakar Kepada Majlis Raja-Raja

16/06/2021
0

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dijangka mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan bagi memberi taklimat dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd