• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bebas Risiko Kemelesetan Ekonomi – Guan Eng

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan, sebaliknya langkah kerajaan mahu melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pakej rangsangan ekonomi bagi mengekang impak penularan coronavirus akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan segera mengadakan perjumpaan dengan pemain industri bagi mendapatkan input.

“Tiada risiko kemelesetan untuk (berlaku terhadap) Malaysia. Tetapi apa yang kami mahukan ialah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Kementerian juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak yang terjejas akibat coronavirus ini dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan input daripada mereka,” katanya.

Ditanya bilakah pakej rangsangan itu akan dapat disiapkan, Guan Eng berkata, beliau perlu membentangkannya kepada Kabinet terlebih dulu sebelum mengumumkannya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan cadangan pengecualian cukai dan bil elektrik seperti yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini sewaktu penularan wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada 2003.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam berkata akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian, pihak industri dan syarikat perkhidmatan berkaitan bagi mendapatkan input berhubung perancangan pakej rangsangan ekonomi berikutan penularan coronavirus.

Kementerian yang akan terbabit dalam perbincangan bersama itu ialah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) hari ini dalam kenyataan berharap kerajaan akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi lebih besar untuk membantu sektor yang terjejas ekoran jangkitan coronavirus.

Pada 2003, kerajaan melaksanakan pakej ekonomi bernilai RM8.1 bilion untuk membantu mengurangkan kesan berikutan wabak SARS, manakala pada 2009 pakej rangsangan RM60 bilion diumumkan bagi mengharungi kelembapan ekonomi global. – BH Online

Tags: coronaviruskemelesetan ekonomiLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd