• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahdzir Sangkal Dakwaan Jadikan Najib ‘Kambing Hitam’

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membantah cadangan peguam bahawa beliau sengaja menjadikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes berkaitan projek tenaga solar.

Penafian itu dibuat Mahdzir yang merupakan saksi pendakwaan kelima di Mahkamah Tinggi hari ini ketika pemeriksaan balas oleh peguam mewakili Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Akberdin merujuk keterangan Mahdzir sebelum ini bahawa beliau pada mulanya mengelak pertemuan dengan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin berkenaan projek itu dan kemudian setuju untuk menganugerahkannya kepada syarikat tersebut.

Akberdin: Pada mulanya anda mengelak Saidi, kemudian anda kata (kepada Saidi) kena ikut prosedur, kemudian anda akui ada peraturan yang tak diikuti (oleh Jepak berkaitan projek itu), kemudian anda cari kambing hitam dan tolak ke Perdana Menteri (kata) kononnya dia beri arahan.

Mahdzir: Tak setuju.

Mahdzir juga tidak setuju dengan cadangan peguam utama Datuk Jagjit Singh ketika pemeriksaan balas bahawa beliau juga mengalihkan tanggungjawab dalam soal itu kepada Rosmah.

Keadaan tegang seketika apabila Jagjit menuduh Mahdzir tidak konsisten dalam keterangan saksinya.

Jagjit: Anda tidak konsisten.

Mahdzir: Dari awal anda nak saya begitu (dilihat tidak konsisten).

Jagjit: Sampai mati pun saya boleh teruskan soal seperti ini (buat pemeriksaan balas).

Mahdzir: Janganlah.

Selepas respons Mahdzir itu, tercetus gelak ketawa di mahkamah termasuk Jagjit dan Mahdzir yang sedikit meredakan ketegangan.

Rosmah berdepan tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah dari Jepak Holdings sebagai habuan mendapatkan kontrak dari Kementerian Pelajaran.

Kontrak ini membabitkan bekalan sistem hibrid solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion. – Sinar Harian

Tags: Mahdzir KhalidNajib Tun Razakprojek tenaga solar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd