• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahdzir Didakwa Buat Perjanjian Dengan SPRM Elak Dituduh

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi kelima pendakwaan, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid terus didesak pasukan pembelaan mewakili Datin Seri Rosmah Mansor hari ini, apabila beliau didakwa membuat perjanjian untuk mengaitkan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dalam kes rasuah projek solar agar dirinya terlepas daripada sebarang dakwaan rasuah.

Mahdzir memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa dia akan didakwa selepas disiasat oleh suruhanjaya itu pada akhir 2018 mengenai projek hibrid solar Kementerian Pendidikan.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama, Datuk Jagjit Singh di Mahkamah Tinggi hari ini, Jagjit turut mendakwa bahawa apabila disoal siasat pihak SPRM dan mengetahui bahawa dirinya akan dikenakan pendakwaan, maka Mahdzir telah berunding dengan pasukan pendakwa.

Jagjit: Kamu lantik Datuk Vignesh untuk memastikan SPRM tidak akan mendakwa kamu dan sebagai balasan kamu menjadi saksi utama untuk mengaitkan Najib dan Rosmah, dan kamu sanggup menandatangani apa-apa dokumen untuk mengaitkan mereka.

Mahdzir: Tidak setuju

Jagjit: Setuju dengan saya, SPRM telah menemui bukti terhadap Datuk Seri (Najib) dan kamu telah mengatur surat perwakilan untuk berunding.

Mahdzir: Tidak setuju

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mempertikaikan soalan Jagjit dan menyatakan bahawa pendakwaan hanya akan bersetuju jika ia berasas dan menyoal sama ada pihak pembelaan akan memanggil saksi untuk menyokong dakwaan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan kemudian berkata, beliau akan memberi sedikit kelonggaran kepada pihak pembelaan tetapi menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan adil kepada saksi.

Rosmah berdepan tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada Jepak Holdings sebagai habuan mendapatkan kontrak daripada Kementerian Pendidikan.

Kontrak tersebut membabitkan bekalan sistem hibrid solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion. – Sinar Harian

Tags: Mahdzir Khalidprojek tenaga solarrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd