• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Jumpa Ketua Parti Politik

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sembilan jam menerima kunjungan 10 pemimpin parti politik di pejabatnya, Putra Perdana.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, antara pemimpin politik yang hadir adalah Datuk Dr. Abang Johari Tun Abang Openg (GPS); Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kesemua mereka tiba di pejabat Perdana Menteri sejak jam 10 pagi.

Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan, Dr. Mahathir akan bertemu dengan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pada esok pagi.

Difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan pembentukan kabinet baharu selepas kabinet yang dianggotai oleh Pakatan Harapan ‘musnah’ setelah Dr. Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri semalam.

Sumber menyatakan sidang media akan dilakukan sekiranya Dr Mahathir selesai bertemu dengan pemimpin politik negara.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Dr. Mahathir keluar daripada bangunan Putra Perdana jam 5.44 petang.

Beliau yang menaiki Proton Perdana nombor pendaftaran Malaysia 2020 sempat melambai tangannya kepada pemberita yang berkampung di pintu masuk utama bangunan itu sejak semalam.

Hari ini dalam satu hantaran ringkas di akaun Twitter Dr. Mahathir Mohamad diiringi catatan beliau sedang bekerja seperti hari-hari biasa sebelum ini.

“Satu lagi hari biasa di pejabat,” demikian catatan di akaun media sosial beliau pada jam 12.44 tengah hari yang diikuti oleh 1.1 juta pengikut.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadparti politikperdana menteri interim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti politik Melayu berpecah belah memberi kelebihan kepada pihak lain untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Penganalisis...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd