• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: Kerajaan Belum Cadang Sekat Kapal Persiaran

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan belum berhasrat menyekat kemasukan kapal persiaran yang berlabuh di negara ini berikutan penularan koronavirus.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan sekatan itu hanya akan dibuat selepas mendapat saranan daripada Kementerian Kesihatan berdasarkan bukti tertentu.

“Kita hanya sekat kepada warganegara China dari wilayah Hubei atau pun mana-mana wilayah yang diisytiharkan oleh kerajaan China sebagai sekatan pergerakan keluar masuk (lock down).

“Kalau ada mana-mana wilayah yang telah diisytiharkan ada ‘curfew’ atau ‘lockdown’ oleh kerajaan China, maka kita akan menyekat kemasukan warganegara China daripada wilayah tersebut,” katanya selepas merasmikan Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan tetap mengambil semua langkah pencegahan termasuk memeriksa suhu badan dan tahap kesihatan pelancong di pintu masuk negara.

Sementara itu, Anthony dalam ucapannya berkata, kementerian itu bersetuju meluluskan pelaksanaan perkhidmatan pembaharuan LKM di Puspakom yang akan memberikan nilai tambah khususnya kepada pelanggan Puspakom dan orang awam secara amnya.

“Ini adalah satu pendekatan kerajaan untuk memudahkan orang awam dalam segala urusan berkaitan perkhidmatan kerajaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Perkhidmatan tambahan yang tersedia di Puspakom ini akan memudahkan lagi pemilik dan pengendali kenderaan dalam urusan pembaharuan LKM kerana mereka mempunyai lebih banyak akses,” katanya.

Tegasnya, Puspakom dilantik sebagai Ejen Pemungut Hasil Kerajaan dalam mengendalikan urusan pembaharuan LKM di 54 pusat pemeriksaan seluruh negara secara berperingkat.

Jelasnya, inisiatif itu bermula dengan LKM untuk kenderaan perdagangan ringan had berat dan muatan (BDM) bawah 7,500 kilogram dan dijangka diperluaskan kepada kenderaan lain dari semasa ke semasa.

Selain pemeriksaan kenderaan, Puspakom juga menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans sejak 2018 yang mana konsep pusat perkhidmatan setempat (one stop centre) akan memudahkan orang ramai dalam urusan berkaitan pemilikan kenderaan.

Tags: ChinaKapal Persiarankoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd