• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kevin Morais, Novel Baswedan Penerima Anugerah Antirasuah

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dan Ketua Penyiasat Komisi Pembanterasan Rasuah Indonesia, Novel Baswedan penerima pertama Anugerah Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana 2020.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena pelancaran Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana (PIACCF), di sini malam ini.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata anugerah itu adalah lambang penghargaan PIACCF kepada semua pegawai berani yang telah menderita dalam menegakkan integriti mereka.

“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada semua di seluruh dunia yang telah berkorban masa, nyawa dan komitmen dalam menamatkan ancaman rasuah,” katanya.

Kevin Morais, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, telah diculik dan dibunuh secara tragik di antara 4 dengan 16 September 2015 ketika menyiasat skandal rasuah.

Beliau berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Peguam Kanan Persekutuan dari tahun 2004 hingga 2015.

Adik mendiang Datuk Richard Morais menerima anugerah itu bagi pihak abangnya.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah, Baswedan, telah disimbah asid pada 11 April 2019, menyebabkan kecederaan kekal di bahagian matanya.

Serangan yang dilakukan terhadapnya berikutan kes-kes sensitif  yang dikendalikannya terutama melibatkan ahli politik peringkat tinggi dan pegawai kanan polis di Indonesia.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir juga mengiktiraf sumbangan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Beliau berkata ia merupakan satu kes yang penting kerana menjadi titik perubahan hala tuju politik Malaysia dan mencetuskan kebangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

“Keberanian bersama dan kesungguhan mereka menjatuhkan rejim kleptokrasi, menunjukkan kuasa rakyat yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Tags: anugerah antirasuahKevin MoraisNovel Baswedan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Kevin Morais: Bekas Pakar Patologi Kekal Ke Tali Gantung, 2 Dipenjara, 3 Lepas Bebas

Bunuh Kevin Morais: Bekas Pakar Patologi Kekal Ke Tali Gantung, 2 Dipenjara, 3 Lepas Bebas

01/07/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas pakar patologi tentera kekal ke tali gantung, manakala dua lagi lelaki masing-masing dipenjara 35 dan 40 tahun oleh...

Pakar Patologi, 5 Lelaki Lain Kekal Bersalah Bunuh Morais

Pakar Patologi, 5 Lelaki Lain Kekal Bersalah Bunuh Morais

14/03/2024
0

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan terhadap bekas pakar patologi Dr R Kunaseegaran dan lima lelaki lain dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd