• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketum ‘Penawar’ Kencing Manis, Darah Tinggi Hanya Mitos

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tanggapan masyarakat bahawa air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi adalah tidak benar dan ia hanyalah mitos kerana tiada bukti secara klinikal atau saintifik bahawa ia mampu mengubati penyakit ‘dua serangkai’ itu.

Ramai yang percaya air ketum mampu menurunkan paras gula berlebihan dalam darah sekiranya diambil secara tradisional dengan membuang urat tengah daun tersebut, malah ada yang mendakwa bahawa penyakit mereka sembuh setelah beberapa tahun mengambil air ketum tanpa bergantung kepada ubat moden.

Kajian saintifik mendapati bahawa air ketum boleh membawa kepada implikasi sawan atau dengan erti lain epilepsi sekiranya diamalkan untuk tempoh masa yang lama atau mengambilnya secara berlebihan.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman, Hospital Pakar KPJ Perlis, Dr. Nurazam Omar berkata ketum atau nama saintifiknya ‘Mitragynine’ mempunyai persamaan dengan dadah jenis opiat kerana individu yang mengamalkannya boleh membawa kepada proses khayal.

“Individu yang mengamalkannya boleh menjadi khayal dan jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan sesak nafas. Malah ia juga boleh mengakibatkan sembelit.

“Kebanyakkan orang-orang dahulu mengambil ketum ini untuk melegakan cirit-birit. Ada juga pembuktian bahawa ketum ini juga boleh memberikan tenaga kepada orang yang mengambilnya,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Dr. Nurazam berkata, dalam dunia perubatan kebiasannya individu yang mengalami sebarang sakit akan diberikan ubat penahan sakit yang juga dikenali sebagai morfin untuk pesakit itu tidur.

Katanya, ketum ini juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami sawan  sekiranya ia diamalkan dalam tempoh masa yang lama.

“Kebiasaannnya mengikut sejarah perubatan, seseorang yang telah dewasa (maksudnya remaja hingga tua) yang mengalami sawan ini biasanya mengambil ketum secara berlebihan. Anak yang lahir sekiranya didiagnos dengan penyakit sawan ini, kita kena lihat sejarah ahli keluarganya yang biasa mengamalkan ketum,” katanya lagi.

Beliau berkata, individu yang disahkan sawan ini kelazimannya mengambil cecair ketum yang dicampurkan dengan bahan asing seperti ubat batuk, minuman berkarbonat  dan lain-lain.

Katanya, di luar negara, daun ketum digunakan untuk mengurangkan ketagihan dadah bagi menggantikan ‘methadone’ tetapi adalah  lebih baik menguna methadone.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Suid, 57, berkata, beliau menguna daun ketum  untuk merawat cirit birit dan mampu memberi tenaga kepada mereka yang bekerja berat seperti melakukan kerja sawah.

Katanya, daun ketum yang dipetik akan dibuang urat tengah terlebih dahulu sebelum direbus bersama air sehingga mendidih dan apabila air bertukar menjadi kehijauan ia boleh diminum.

“Air ketum untuk tujuan perubatan tradisional tidak dicampur dengan bahan lain seperti ubat batuk sebaliknya ia diminum dalam kuantiti sedikit iaitu kira-kira secawan bagi mengembalikan tenaga atau merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya,

Malaysia adalah antara negara yang mengharamkan ketum melalui Akta Racun 1952, Seksyen 30 (3) dengan menyebutnya sebagai bahan psikotropik bagi mengawal penanaman, pemilikan dan pengedaran ketum.

Tags: darah tinggikencing manisketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd