• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Lawan Arus Rempuh 4 Motosikal, 2 Maut

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi penunggang cedera parah selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara melawan arus di Jalan Thean Teik, Air Itam di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berumur 58 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, dalam kejadian kira-kira pukul 8.00 malam itu.

“Seorang lagi penunggang motosikal berusia 21 tahun cedera parah, dan berdasarkan maklumat awal, nahas berlaku berhampiran lampu isyarat, apabila pemandu kereta Proton Wira itu keluar dari satu simpang di kawasan berkenaan.

“Sebaik keluar dari simpang itu, kereta itu telah masuk ke laluan yang salah iaitu melawan arus sebelum merempuh empat buah motosikal dan beberapa buah kenderaan yang berada di laluan berkenaan,” katanya di sini malam ini.

Katanya nahas itu menyebabkan dua penunggang motosikal maut dan seorang lagi penunggang cedera parah manakala pemandu kereta berusia 20-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Soffian berkata mayat lelaki dan wanita yang meninggal dunia itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat manakala lelaki yang cedera parah turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Polis masih menunggu laporan ujian alkohol dan air kencing pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Tags: kemalangan mautpandu lawan arusPenunggang Motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd