• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan PH Tangani Rasuah Diiktiraf Di Mata Dunia

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan selepas pilihan raya umum 2018, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Gembira dengan pencapaian itu, beliau berkata, Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana usaha gigih berkenaan.

“Daripada digelar sebuah negara kleptokrat yang dilanda pelbagai skandal rasuah dan salah guna kuasa, negara kita kini dipuji kerana berjaya mengatasi cabaran yang sungguh besar itu dan kini dihormati sebagai negara bersih dan demokratik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa serta mengukuhkan institusi penguatkuasaan mentadbir negara, menyaksikan kedudukan Malaysia melonjak daripada tempat ke-61 pada 2018 kepada kedudukan 51 dari 180 negara.

Kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2019 itu adalah pencapaian terbaik buat negara dalam tempoh lapan tahun lalu.

Dalam Indeks Demokrasi 2019 pula, Malaysia melonjak sembilan anak tangga kepada kedudukan ke-43 daripada 167 negara.

“Pencapaian ini hasil komitmen teguh kerajaan baharu kepada pembaharuan ataupun reformasi dalam sektor pentadbiran, media, undang-undang, politik dan juga sosioekonomi yang dilaksana secara progresif sejak Mei 2018,” katanya.

Gobind berkata, antara inisiatif yang menyumbang kepada kejayaan itu adalah pelaksanaan janji-janji manifesto PH, termasuk tindakan pantas terhadap kes berprofil tinggi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International, MARA, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), FELDA dan Tabung Haji.

Selain itu, peningkatan kebebasan media, penubuhan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dipengerusikan pembangkang, keperluan pengisytiharan harta wajib ke atas anggota legislatif dan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Namun, beliau berkata, kerajaan harus terus berusaha dan kekal komited terhadap usaha memastikan negara bebas daripada rasuah kerana banyak lagi yang perlu dilakukan.

Beliau berharap rakyat akan terus menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersih dan bebas daripada rasuah.

“Malaysia kini dilihat sebagai negara yang tegas memerangi dan berjaya membanteras gejala rasuah. Ini memang satu pencapaian besar untuk kerajaan baharu dan sebahagian langkah yang sedang diambil untuk pastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 berjaya dicapai,” katanya.

Tags: Gobind Singh Deopakatan harapanrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd