• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Inflasi Januari Dijangka Meningkat, Kos Pengangkutan Naik

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – RAM Ratings menjangka kadar inflasi Malaysia pada Januari 2020 akan meningkat kepada 1.8% berbanding 1.0% pada bulan sebelumnya, didorong oleh inflasi bahan api kenderaan yang lebih tinggi di tengah-tengah kesan asas rendah harga bahan api runcit.

Harga purata petrol RON95 meningkat 4.9% tahun ke tahun pada Januari 2020, berbanding 5.5% penyusutan pada Disember 2019.

Walaupun tempoh dan situasi penularan Covid-19 masih tidak dapat ditentukan, ia turut menyebabkan harga minyak dunia mengalami tekanan berikutan China selaku pusat penularan jangkitan itu merupakan sumber permintaan kedua terbesar di peringkat global.

“Jangkaan asas kami untuk harga minyak Brent mencatat purata kira-kira AS$55-AS$60 setong pada tahun ini masih kekal walaupun berlaku kecenderungan menurun dengan mengambil kira kelembapan ekonomi pada masa ini.

“Bagaimanapun, sekiranya minyak Brent berlegar di antara AS$50 setong pada sepanjang tahun 2020, inflasi keseluruhan boleh menyusut kepada 1.2% berbanding unjuran semasa 1.7% pada 2020,” menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan hari ini.

Dengan mengambil kira risiko yang signifikan bahawa Covid-19 boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi, RAM Ratings menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengurangkan kadar dasar semalaman sekali lagi dalam tempoh 6 bulan akan datang kepada 2.50% bagi tahun itu.

“Langkah itu akan memberi kelegaan kepada syarikat ketika berlakunya tekanan dan ketidaktentuan ekonomi,” katanya.

Justeru, pengekalan perbelanjaan isi rumah mungkin tidak lagi menjadi satu keutamaan apabila program subsidi bahan api bersasar mengapungkan harga bahan api pengguna kepada paras pasaran.

RAM Ratings berkata, trend penurunan harga minyak mentah global akan mewujudkan beberapa peluang bagi penangguhan itu tanpa mengabaikan perbelanjaan fiskal.

Tags: Bahan Apikadar inflasikos pengangkutanRAM Ratings
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

OPR Berpotensi Kekal Jika Kadar Inflasi Terus Reda

OPR Berpotensi Kekal Jika Kadar Inflasi Terus Reda

25/01/2023
0

PUTRAJAYA : Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi kekal pada paras 2.75 peratus jika kadar inflasi di negara ini terus mereda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd