• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jimat RM3.1 Bilion, Tamat PDP Lebuhraya Pan Borneo

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak RM3.1 bilion penjimatan akan diperoleh selepas kerajaan menamatkan perjanjian rakan pelaksana projek (PDP) bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan untuk menamatkan perjanjian yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu itu dibuat selepas mendapati ia memberi implikasi kewangan yang tinggi.

Menurutnya, dengan penamatan perjanjian PDP itu juga, projek yang akan berkuat kuasa pada 20 Februari ini akan dibuat secara konvensional.

“Anggaran implikasi kewangan kepada kerajaan dengan penglibatan syarikat PDP sebelum ini adalah RM21.9 bilion manakala anggaran implikasi kewangan setelah perjanjian PDP ditamatkan adalah sebanyak RM18.8 bilion.

“Justeru, dengan penamatan ini, kerajaan tidak perlu membayar yuran PDP sebanyak 5.5 peratus daripada kos pembinaan serta kos-kos lain yang bersifat bayaran balik (reimbursable) kepada syarikat PDP.

“Selaras dengan keputusan untuk menamatkan perjanjian PDP, Kementerian Kerja Raya telah mengeluarkan notis penamatan PDP kepada syarikat terbabit pada 20 September lalu,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Projek Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Perjanjian Pembiayaan Projek itu ditandatangani bersama Pengarah DanaInfra Nasional Berhad, Datuk Dr. Yaacob Mustafa; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Zakiah Jaafar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, hasil penjimatan sebanyak RM3.1 bilion itu pula akan digunakan untuk melaksanakan projek infrastruktur lain di Sarawak demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.

“Saya yakin bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786.4 kilometer ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi kepada Sarawak,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Lebuhraya Pan BorneoLim Guan Engsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd