• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Kereta CKD Diramal Naik

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Beberapa penjual kereta meramalkan harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) meningkat susulan pengumuman Honda Malaysia yang menaikkan harga beberapa model keluarannya kelmarin.

Menurut seorang penjual yang hanya ingin dikenali sebagai Azman, desas-desus mengenai perkara itu sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu.

“Honda mengumumkan beberapa kenderaan jenama berkenaan akan mengalami kenaikan harga antara lima peratus hingga sembilan peratus.

“Antara model terlibat dalam kenaikan itu ialah Honda Jazz, City, dan CR-V. Buat masa ini, belum ada sebarang pengesahan daripada syarikat lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini kelmarin.

Kelmarin, Honda Malaysia mengumumkan kenaikan bagi kereta Honda terpilih itu susulan semakan semula ke atas insentif khas kereta pemasangan tempatan (CKD).

Dalam pada itu, seorang penganalisis automotif, Shamsul Yunos berpendapat, keputusan penilaian semula ke atas insentif tersuai (customised incentive) bagi kenderaan CKD adalah dipertikaikan.

Katanya, keputusan itu dilihat berbeza daripada regulasi penilaian eksais yang diumumkan sebelum ini bahawa ia tidak mempengaruhi harga kenderaan.

“Kenaikan harga itu susulan semakan ke atas insentif CKD mengikut model tertentu.

“Ia berbeza daripada regulasi penilaian eksais yang diumumkan sebelum ini yang dilaporkan tidak mempengaruhi harga kenderaan,” katanya.

Menurutnya, punca insentif berkenaan dinaikkan tidak dijelaskan dengan sewajarnya.

“Punca kenapa ia dinaikkan tidak dinyatakan dengan jelas dan mengapa kenaikan ia hanya melibatkan jenama Honda.

“Kita jangka ia (semakan CKD) turut memberi kesan kepada pengeluar kereta import lain kerana tidak mustahil insentif CKD mereka dinilai semula.

“Bagaimanapun, kita berharap jenama kereta tempatan tidak akan terkesan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, harga kenderaan CKD tidak akan dinaikkan tahun ini berikutan langkah kerajaan menyerap kos kenaikan berikutan pelaksanaan ketelusan pelaporan nilai pasaran terbuka (OMV). – Sinar Harian

Tags: CKDharga kenderaanHonda Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Rasmi Stadium Baharu JDT

Next Post

Petisyen Online Pecat Tommy Thomas Dapat 18,000 Sokongan

Related Posts

Honda Malaysia Catat Pendaftaran Kereta Tertinggi Pada Julai

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia merekodkan pendaftaran tertinggi kereta jenama itu pada Julai, dengan sebanyak 12,808 unit dijual. Dalam kenyataan...

Honda Malaysia Panggil Balik 28,399 Model Keluarannya

06/04/2018
0

SEBANYAK 28,399 model kenderaan Honda di Malaysia yang dikeluarkan pada 2013 dipanggil balik bagi menggantikan semula beg udara hadapan penumpang...

Next Post

Petisyen Online Pecat Tommy Thomas Dapat 18,000 Sokongan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd