• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Lebih Tahu Kos Pan Borneo Banding Baru Bian?

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal mengapa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengetahui kos keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) sedangkan menteri yang bertanggungjawab berkata masih terdapat beberapa perkara yang belum diperincikan lagi.

Najib berkata lebih mengelirukan apabila Menteri Kerja Raya, Baru Bian akan mengumumkan kos sebenar projek tersebut hanya pada 20 Februari nanti.

“Sekarang kita konfius. Bagaimana pula menteri kewayangan begitu power sehingga tahu kos sebenar projek sedangkan menteri kerja raya kata dia belum tahu kos sebenar kerana banyak perkara belum diperincikan lagi?

“Saya rasa Baru Bian ini perlu dipecat serta-merta kerana dia kalah dengan akauntan gagal dalam pengiraan kos projek lebuhraya,” katanya menerusi Facebook.

Dalam penjelasan berhubung keraguan pembangkang mengenai kos projek tersebut, Guan Eng berkata di bawah kerajaan persekutuan sekarang, kos keseluruhan projek LPBS dikurangkan sebanyak RM3.1 bilion daripada kos asal.

Beliau berkata dengan kaedah PDP sebanyak RM21.9 bilion yang merangkumi kos pembinaan RM16.5 bilion kepada kaedah konvensional sebanyak RM18.8 bilion merangkumi kos pembinaan RM16.1 bilion.

Najib turut membidas tindakan Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang yang menganugerahkan Projek Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion yang menurutnya bernilai 3 kali ganda lebih besar dengan kos asal Lebuhraya Pan Borneo dengan menggunakan kaedah PDP.

“Guan Eng bukan kata kaedah PDP itu banyak kos tersembunyi dan adalah lebih baik untuk menggunakan kaedah konvensional?

“Projek PTMP ini juga banyak kos tersembunyi dan banyak offset-offset ke?”

Pada 7 Februari lalu, bekas menteri kerja raya Fadillah Yusof membidas Guan Eng kerana mendakwa Putrajaya akan jimat RM3.1 bilion dengan membatalkan perjanjian dengan PDP Lebuh Raya Pan Borneo.

Fadillah menggambarkan kenyataan Guan Eng bahawa kos projek boleh turun kepada RM18.8 bilion daripada RM21.8 bilion jika dilaksanakan kerajaan secara konvensional, adalah “mengelirukan dan bertujuan untuk menipu”. – FMT

Tags: Baru BianLebuhraya Pan BorneoLim Guan EngNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd