Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kerana Tenggiling, Duda Anak...

ALOR SETAR - Kerana menyimpan 109 ekor tenggiling, seorang lelaki didenda RM120,000 oleh...

Gadis Hanya Makan Ayam...

Tidak dinafikan ramai yang sukakan ayam KFC tetapi tentu sukar untuk membayangkan bagaimana...

Mimbar Masjid Kariah Nerasau...

REMBAU - Keunikan mimbar Masjid Kariah Nerasau di sini, yang kini mendekati usia...

3,245 Kes Baharu Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,245 kes Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak...

GPS Utamakan Kepentingan Sarawak, Negara – Abang Jo

KUCHING – Sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membantu mengakhiri kemelut politik di peringkat pusat akan mengutamakan kepentingan negara dan hak-hak Sarawak, kata Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata GPS akan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan krisis itu.

Katanya GPS tidak menyokong kepimpinan yang tidak tetap pendirian hingga boleh menyebabkan negara dalam keadaan kucar-kacir serta tidak boleh memberi keutamaan kepada Sarawak.

“Kalaulah (pihak yang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan negara) nak minta kami menyokong (mereka), okay, kami akan menyokong (kerana) kami mahu selamatkan Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran GPS Zon Belaga dan Murum di Sungai Asap di Belaga, kira-kira 690 kilometer ke utara dari sini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata susulan kemelut politik sekarang, parti-parti yang terbabit dalam krisis itu mula memberi perhatian kepada mendapatkan sokongan GPS.

“Kalau orang lain minta tolong (mendapatkan sokongan GPS), kami akan kata ini bantuan daripada kami dengan syarat mereka tahu apa yang kami mahu. Kami akan tolong tetapi mestilah mereka menolong kami balik,” katanya.

Kategori