• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GM Klang Nafi Wujud Kes Coronavirus

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pusat pemborong GM Klang menafikan berlakunya jangkitan coronavirus 2019 (2019-nCoV) di gedung membeli-belah berkenaan seperti yang tular di media sosial.

Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, berkata perkara itu dipercayai tercetus susulan pengumuman dibuat oleh bahagian khidmat pelanggannya sebelum ini yang berkongsi langkah pencegahan coronavirus seperti disyorkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Niat baik itu disalahertikan oleh sesetengah pihak yang beranggapan pengumuman itu dibuat kerana terdapat kes coronavirus di GM Klang.

“Maklumat palsu dicipta dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini menimbulkan perasaan cemas dan bimbang dalam kalangan banyak pihak,” kata jabatan itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jabatan itu menyatakan, GM Klang amat memandang serius mengenai penyebaran berita palsu seumpama itu kerana ia mencemar kredibiliti dan mengganggu aktiviti perniagaan di gedung beli-belah berkenaan.

Justeru, kata jabatan itu, GM Klang membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu terbabit supaya siasatan dapat dijalankan serta tindakan susulan dikenakan terhadap penyebar maklumat palsu berkenaan.

“Kami menyarankan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan berita palsu ini dan merujuk kepada saluran yang dipercayai sebelum mengesahkan mana-mana berita yang diterima,” kata kenyataan itu.

Tags: 2019-nCoVcoronavirusGM Klang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

30 Kereta Musnah, Depoh Simpanan DBKL Terbakar

Next Post

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu Kemajuan Bangsa – Mahathir

Related Posts

Saintis China Bincang Senjatakan Koronavirus Sejak 2015

11/05/2021
0

Saintis China Bincang Mensenjatakan Koronavirus Sejak 2015

Amerika Gesa China Tutup Pasar Jual Haiwan Liar

23/04/2020
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ada kaitan...

Next Post

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu Kemajuan Bangsa - Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd