• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Gantung’ Video Aina Abdul, Drama Band Di YouTube

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak menjelaskan pihaknya terpaksa ‘menggantung’ video persembahan penyanyi Aina Abdul dan kumpulan Drama Band di YouTube TV3 berikutan kontroversi terhadap gimik persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu Ke-34, semalam.

Johan berkata, pihaknya akan membuat semakan kod kandungan daripada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) untuk memastikan sama ada persembahan itu bercanggah dengan penyiaran stesen televisyen (TV) sebelum mengambil tindakan.

“Sebelum menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, kami fikir penyelesaian terbaik adalah menyemak dengan CMCF terlebih dahulu apakah persembahan Aina dan Drama Band bercanggah dengan kod kandungan penyiaran atau tidak.

“Bagi persembahan Aina, pihak produksi maklum mengenai konsep persembahannya yang menggunakan ‘darah’ untuk memaparkan simbolik hati terluka. Tetapi tidak menyangka cacair yang digunakan agak keterlaluan.

“Sebagai program siaran langsung, sukar untuk kami mengawal apa yang dilakukan artis di pentas. Perkara itu akan kami jelaskan kepada CMCF.

“Buat masa ini, kami terpaksa menyekat persembahan Aina dan Drama Band di YouTube supaya tidak menimbulkan pertikaian lagi. Selepas keputusan semakan itu, barulah pihak stesen membincangkan tindakan selanjutnya,” katanya.

Menjawab kontroversi persembahan Drama Band menerusi lagu Drama yang dikatakan menyentuh isu sensitif berkaitan politik, pihaknya mengakui terkejut apabila kumpulan itu tidak memaklumkan mengenai elemen yang dilihat agak sensitif.

“Bagi kumpulan Drama Band pula, ketika sesi latihan mereka langsung tidak menonjolkan elemen itu. Malah mesej terhadap persembahan yang ingin dipersembahkan juga tidak diberitahu kepada kami kerana apa yang ditonjolkan itu memang agak sensitif,” katanya.

Sementara itu, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul tampil memohon maaf kepada pihak yang terasa hati susulan persembahannya di AJL34 yang dianggap mencetuskan kontroversi dan kecaman netizen.

Kata Aepul, apa yang dipaparkan itu adalah jalan cerita kehidupan dalam persembahannya.

“Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang-kadang warnanya tidak kita gemar,” tulisnya di Instagram. – myMetro Online

Tags: aina abdulanugerah juara lagu 34drama bandtv3YouTube
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

22 Kertas Siasatan Berita Tak Sahih Penularan Koronavirus

Next Post

2,000 Tetamu Iringi Perjalanan Akhir Abam

Related Posts

Kanak-Kanak Pandu Kereta Belajar Daripada YouTube

Kanak-Kanak Pandu Kereta Belajar Daripada YouTube

13/05/2023
0

LANGKAWI - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) sebelum kemalangan di Jalan...

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

Next Post

2,000 Tetamu Iringi Perjalanan Akhir Abam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd