• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gantung Sementara Visa Umrah, Puluhan Ribu Jemaah Terjejas

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 15,000 hingga 20,000 jemaah Malaysia yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada Mac dijangka terjejas berikutan pendaftaran visa dalam talian disekat sekitar tengah hari tadi.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata setakat ini, tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura, didapati telah disekat pendaftaran visa dalam talian.

Beliau berkata bakal jemaah yang gagal mendapatkan visa tidak akan dapat menunaikan ibadat berkenaan.

“Yang terjejas itu, kalau bulan Mac sahaja dalam 15,000 hingga 20,000  jemaah. Pagi tadi visa boleh buat, cuma tengah hari sudah tidak boleh lagi. Kita semak dalam pukul 8 pagi, tiada masalah, tapi dalam tengah hari tadi sudah tidak boleh buat visa, sekarang ini online. Tapi saya dengar tiga negara sudah terkeluar iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama TV di pejabatnya di sini hari ini.

Razali berkata kira-kira 3 petang tadi,  beberapa penerbangan yang sepatutnya dinaiki oleh jemaah umrah dari Malaysia telah dibatalkan setelah menerima arahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Terdahulu, Agensi Berita Saudi melaporkan, Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luar negara itu mengambil keputusan untuk menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai usaha pencegahan berikutan penularan COVID-19.

Menurut kementerian itu, langkah berkenaan bagi memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap keselamatan penduduk dan setiap individu yang berhasrat mengunjungi Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau sekadar melancong.

“Prosedur ini hanya bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian semasa pihak berkuasa Arab Saudi,” jelas kenyataan itu.

Tags: jemaah malaysiavisa umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

05/12/2022
0

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Arab Saudi Buka Permohonan Visa Umrah Mulai Hari Ini

Arab Saudi Buka Permohonan Visa Umrah Mulai Hari Ini

14/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd