• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derma Arab Saudi Hanya Dimaklum Najib – Saksi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau hanya mengetahui mengenai derma daripada Arab Saudi melalui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Profesor Datuk Syed Omar Al-Saggaf, 76, mengakui bahawa beliau tidak mendengar perkara itu daripada Raja Arab Saudi, Almahrum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud sendiri.

Beliau berkata, perkara itu diketahuinya selepas Najib menghadiri satu mesyuarat rasmi pada 11 Januari 2010 di istana Riyadh bersama Raja Abdullah.

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, saksi yang dilantik sebagai duta Malaysia ke Arab Saudi pada September 2008 itu berkata, beliau tidak pasti mengenai jumlah derma yang telah diberikan oleh Raja Abdullah kepada Najib.

Saksi pembelaan keempat itu bersetuju dengan cadangan Sithambaram bahawa keterangan beliau mengenai isu derma itu hanya berdasarkan ingatannya 10 tahun lalu.

Sithambaram: Anda secara peribadi tidak mendengar apa yang diperkatakan antara mereka (Raja Abdullah dan Najib), apa yang anda katakan dalam kenyataan saksi, anda tidak tahu secara peribadi, sebarang fakta berhubung pilihan raya umum?

Syed Omar: Tidak.

Sithambaram: Kemudiannya baru anda tahu mengenainya?

Syed Omar: Daripada Najib, semasa kami meninggalkan dewan di mana mesyuarat berlangsung.

Terdahulu, ketika membacakan penyataan saksinya, saksi itu berkata di akhir perbincangan rasmi, beliau melihat Raja Abdullah, Najib bersama-sama Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjauhkan diri mereka dari tempat mesyuarat dan berjalan ke tengah dewan mesyuarat dan kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan begitu tekun sekali.

“Saya kemudiannya, selepas mesyuarat berakhir sepenuhnya difahamkan bahawa Raja Abdullah ada menawarkan pertolongan dalam bentuk dana yang akan dihantar untuk kegunaan Najib di dalam hal mengendalikan politik beliau untuk pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Sithambaram: Dalam perkara ini ada empat derma berasingan. Pada tahun 2014, sebanyak 50 juta pounds yang dikatakan dijanjikan oleh Raja Abdullah… tapi hanya 10 juta dibayar kepada Najib. Ini bermakna mereka tidak menepati janji?

Syed Omar: Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu.

Sithambaram: Sekiranya satu janji dibuat oleh pemerintah, 50 juta pounds, dan hanya 10 juta pounds diberikan, adakah ia pelik?

Syed Omar: Saya tidak tahu.

Ketika pemeriksaan semula oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata Jamil Khir dan Putera Turki, Abdullah Al-Saud berada bersama di tempat itu ketika Najib memberitahu mengenai bantuan derma berkenaan.

Prosiding hari ini berakhir selepas mahkamah diberitahu bahawa Jamil Khir akan dipanggil esok untuk memberi keterangan.

Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan membabitkan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

Tags: Arab Saudiderma politikNajib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Kemudahan baharu dijangka berpotensi menyokong pengeluaran seawal penghujung 2026, namun jenis peluru berpandu dan kerjasama dengan Beijing belum...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.