• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coronavirus: Pas Khas Pelancong China Berada Di Malaysia

oleh
08/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelancong warga China yang masih berada di Malaysia kerana mempunyai masalah kesihatan atau gagal mendapatkan penerbangan keluar dari negara ini, akan diberikan pas khas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata pas khas itu hanya boleh diperoleh selepas mendapat perakuan daripada Kedutaan China, berikutan sekatan perjalanan dikenakan ke atas pelawat China, dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, susulan penularan novel coronavirus 2019 (2019-nCoV).

“Bagi pelancong yang masih berada dalam negara ini, visa mereka tidak akan dilanjutkan kecuali mempunyai masalah kesihatan atau gagal mendapatkan penerbangan keluar.

“Berkuat kuasa 27 Januari lepas, mereka (pelancong) mesti datang ke pejabat JIM bersama tiket penerbangan keluar dan mendapatkan perakuan daripada Kedutaan China untuk memohon pas khas berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mengetuai operasi penguatkuasaan di sebuah pangsapuri di Ara Damansara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penerima pas khas itu akan diberi tempoh 14 atau 30 hari untuk berada di negara ini mengikut tarikh penerbangan keluar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan sebelum ini, berkata sekatan perjalanan ke Malaysia yang dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan meliputi wilayah lain selepas dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, memaklumkan langkah itu diputuskan selepas mengambil kira status semasa berhubung wabak coronavirus.

Dr. Wan Azizah turut memaklumkan JIM akan mengambil tindakan sekatan perjalanan sebaik sahaja kerajaan China mengisytiharkan sesebuah wilayah di ‘lockdown’.

Tags: coronavirusImigresenpelancong china
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelan Damai Trump Hanya Tindas Palestin – Mahathir

Next Post

Nama Baru Jangkitan Coronavirus

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

10/01/2025
0

GEORGETOWN: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7...

Next Post

Nama Baru Jangkitan Coronavirus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd