• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Saya Seorang Saja Panjat Pagar” – Syed Saddiq

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bukan hanya beliau terpaksa memanjat pagar dalam insiden provokasi oleh sekumpulan individu pada perjumpaan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, tindakan itu turut diikuti oleh Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang terpaksa menggunakan laluan lain bagi mengelakkan berlaku pertembungan dengan kumpulan berkenaan.

Katanya, beliau bertindak demikian juga setelah mendapat nasihat daripada pihak polis dan juga penganjur.

“Kumpulan itu mendesak untuk saya meminta maaf terhadap kerabat diraja Johor dan mahu merakam permohonan maaf tersebut. Saya kata, apa kesalahan yang saya buat untuk meminta maaf kerana saya hormat kerabat diraja Johor dan institusi diraja di negara ini. Namun mereka masih mendesak untuk saya memohon maaf.

“Saya tidak ada pilihan kerana hanya ada satu jalan keluar sahaja dan akan menyebabkan kami bertembung dan bimbang berlaku perkara lebih buruk.

“Jadi saya terpaksa menggunakan jalan lain bukan saya seorang tetapi turut sama adalah Mazlan dan Rafiq,” katanya sidang media selepas menghadiri majlis Luncheon Talk sempena Program Malaysia Future Leader School Tier 3 di sini hari ini.Kenyataan Syed Saddiq di laman Instagramnya selepas insiden itu. 

Beliau berkata demikian mengulas berhubung tindakan beliau dalam insiden tersebut sehingga terpaksa memanjat pagar untuk melepaskan diri.

Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan, mengalu-alukan laporan polis yang dibuat Pemuda UMNO ke atas dirinya kerana menuduh mereka sebagai dalang dalam insiden itu.

Katanya, dakwaan yang dibuat adalah berdasarkan taklimat daripada pihak polis selepas insiden yang berlaku.

“Saya dimaklumkan mereka (Pemuda UMNO) juga akan saman. Jadi saya alu-alukan. Saya serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat sepenuhnya,” katanya.

Syed Saddiq dalam pada itu menafikan dakwaan kumpulan yang mengepongnya adalah individu yang gagal mendapat bayaran sebanyak RM500 kerana menghadiri majlis berkenaan.

Beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

“Kalau ada bukti boleh keluarkan. Yang kata tentang tak dapat bayaran itu ini, jangan gunakan akaun palsu. Saya akan saman terus. Kita tak boleh bertoleransi dengan berita palsu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: armada bersatupanjat pagarSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd