• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berebut Isi NGV Sampai Membunuh

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KETIKA kejadian saya baru sampai dan saya tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh,” kata Imran, 40, saksi kejadian pergaduhan membabitkan dua pemandu teksi di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun maut selepas dipercayai dipukul rakannya akibat tidak puas hati apabila salah seorang memotong barisan untuk mengisi gas asli kenderaan (NGV).

Imran berkata, ketika kejadian hanya terdapat dua teksi di pam NGV berkenaan dan tidak pasti punca pergaduhan.

“Berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan.

“Ketika itu saya baru tiba dan seorang pekerja pam minyak warga Bangladesh sedang menjaga pam berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.30 pagi.

Beliau berkata, mayat warga tempatan yang bekerja sebagai pemandu teksi itu ditemui terbaring di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bergelut dengan seorang lagi pemandu teksi berusia 65 tahun,” katanya hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk proses bedah siasat.

“Suspek yang berusia 65 tahun dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut. Polis juga akan melakukan rakaman awal percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: NGVpemandu teksipergaduhanstesen minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd