• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Bukti Juruterbang MH370 Bunuh Diri

oleh
19/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belum ada bukti untuk menyokong teori bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang angkara tindakan juruterbangnya membunuh diri seperti pendedahan dibuat bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata perkara itu berdasarkan siasatan dilakukan pihaknya dengan mengambil kira pelbagai aspek susulan kehilangan misteri pesawat berkenaan.

“Selagi rangka kapal terbang itu tidak ditemui, punca sebenar kehilangan pesawat tidak boleh dimuktamadkan.

“Masalahnya sekarang, kita tidak jumpa rangka kapal terbang itu dan menemui manusia yang terbabit atau mereka yang menjadi penumpang pesawat berkenaan,” katanya pada Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, beliau tidak tahu siapa pegawai tertinggi Malaysia yang dimaksudkan Abott dalam pendedahan perkara itu menerusi program dokumentari Sky News.

“Di pihak pihak kita waktu itu, saya sendiri terbabit dalam siasatan (kehilangan MH370). Kami menyiasat semua aspek termasuk dari segi keganasan, ‘hijack’ oleh pihak tertentu dan pelbagai teori lain menggunakan teknologi canggih sehingga banyak fakta sudah terkumpul,” katanya.

Beliau berkata, Abbott berhak menyatakan pendirian berdasarkan maklumat yang diterimanya kepada media.

“Itu keistimewaan beliau sebagai perdana menteri waktu itu, kalau beliau nak kongsi kepada media, apa yang dibualkan dengan pegawai atasan Malaysia itu terpulang kepadanya.

“Saya di pihak polis tidak boleh memberi apa-apa komen selagi (pesawat) tidak ditemui berdasarkan undang-undang. Malah, polis bersedia membuka semula kertas siasatan jika rangka pesawat itu ditemui,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Abbott yang menjawat jawatan Perdana Menteri pada 2014 ketika tragedi itu dipetik berkata pegawai ‘berpangkat tertinggi’ Malaysia memaklumkan kepadanya kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, disebabkan tindakan bunuh diri oleh juruterbang pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, Abbot tidak mendedahkan nama individu yang memberi maklumat berkenaan.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pada 10 Februari lalu, Kerajaan Malaysia menegaskan tiada misi terbaharu untuk mencari pesawat berkenaan.

Sebelum ini, syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity, pada Mei tahun lalu mengesahkan misi pencarian MH370 sudah berakhir. – BH Online

Tags: Abdul Hamid BadorKehilangan PesawatMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd