• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Ahli Parlimen Dijangka Menghadap Agong

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, pagi ini.

Kunjungan dipercayai bertujuan menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bagi membentuk kerajaan baharu, susulan peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Difahamkan, kunjungan menghadap akan dimulakan kumpulan pertama merangkumi beberapa wakil rakyat Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Ahli Parlimen dari Semenanjung yang dijangka tiba jam 11 pagi ini.

Kumpulan kedua membabitkan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dijangka tiba jam 2 petang ini.

Baginda dikatakan akan bertemu mereka seorang demi seorang untuk mengetahui pakatan yang disokong.

Proses sama akan dilakukan esok dan lusa sehingga Yang di-Pertuan Agong berpuas hati ada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Difahamkan, proses mendapatkan pendirian setiap Ahli Parlimen akan bermula dengan wakil daripada PAS, diikuti UMNO.

Pendekatan sama pernah digunakan untuk mengatasi kemelut politik di Perak pada 2009 apabila kerajaan Pakatan Rakyat (ketika itu) hanya bertahan sembilan bulan selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan seorang ADUN DAP mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Semalam, Yang di-Pertuan Agong membatalkan pelantikan semua menteri atas nasihat Perdana Menteri, selaras peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan, seiring peletakan jawatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, tugas anggota pentadbiran merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik turut terhenti pada tarikh sama.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – BH Online

Tags: Ahli ParlimenAl-Sultan AbdullahYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd