• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Tercampak Ke Tengah Lebuh Raya

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYI perempuan berusia 18 bulan nyaris maut apabila tercampak di tengah jalan selepas kereta dipandu bapanya terbabit kemalangan di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang (arah utara) dekat Rembau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan pada 3.20 petang itu membabitkan tiga kereta.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta Honda Civic berusia 33 tahun gagal mengawal kenderaannya sebelum terlanggar penghadang besi di tengah lebuh raya ketika cuba mengelak kereta Perodua Myvi yang menukar lorong secara tiba-tiba.

“Kereta Honda Civic itu terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang bergerak di lorong tengah.

“Akibat kemalangan itu, bayi perempuan berusia 18 bulan tercampak dari kereta Honda dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya dan cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media di Rembau, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu Perodua Myvi berwarna biru bagi membantu siasatan selepas menerima maklumat orang awam serta video tular menyatakan pemandu terbabit berlumba dengan pemandu sebuah lagi Perodua Myvi.

“Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

“Orang ramai atau pengguna lebuh raya yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Sarah Ismail di IPD Rembau dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kejadian itu tular di media sosial selepas dirakam dash cam kereta lain.

Menerusi rakaman itu, pemandu dua kereta Perodua Myvi itu kelihatan berlumba dan menukar lorong sesuka hati sebelum kemalangan menyebabkan bayi itu tercampak.

Pengguna jalan raya lain segera memperlahankan kendeeraan sebelum seorang pemandu lori bergegas mendapatkan bayi berkenaan. – myMetro Online

Tags: bayi tercampakkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd