• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baki 132 Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari Ini

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi kedua Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berlangsung hari ini, sekali gus menjadi antara tumpuan utama hal berkaitan perkembangan terkini situasi politik semasa di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik yang melanda negara sejak Isnin lalu.

Sesi menghadap dan temu bual bersama wakil rakyat secara individu di Istana Negara itu akan bermula jam 10 pagi ini dengan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 Ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

Ia susulan keputusan mengejutkan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin, yang meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri ketujuh dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri baharu selepas menerima surat peletakan jawatan itu.

Seri Paduka turut membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Dr. Mahathir, sekali gus menyaksikan tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) terhenti pada tarikh yang sama.

Sementara itu, di Putrajaya, Dr. Mahathir dijadual menemui Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pejabat Perdana Menteri

Pakatan Harapan (PH) juga dijangka mengeluarkan kenyataan hasil mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung malam tadi.

Tags: Ahli ParlimenAl-Sultan AbdullahIstana NegaraYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelabur Tak Terima Idea PH Bentuk Kerajaan Semula – Najib

Next Post

Ada Usaha Mahu Pecah Belahkan UMNO – Annuar

Related Posts

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

10/05/2025
0

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan empat pegawai dan 79 anggota...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Next Post

Ada Usaha Mahu Pecah Belahkan UMNO - Annuar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd