• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Perlu Bekerjasama Bendung Penularan Coronavirus

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Negara anggota ASEAN perlu berkongsi maklumat di samping meningkatkan jalinan kerjasama bagi membendung penularan novel coronavirus 2019 (2019-nCoV) di rantau ini, kata Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Prayuth yang mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, beliau bersetuju dengan presiden itu bahawa pertukaran maklumat dan kerjasama erat menerusi saluran sedia ada antara negara anggota ASEAN adalah penting bagi membendung penularan coronavirus.

“Thailand bersedia untuk membantu dan menyokong Indonesia dan anggota ASEAN yang lain dalam apa juga cara yang boleh,” katanya dalam akaun twitter rasminya semalam.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kesihatan Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata, Thailand bersedia untuk berkongsi pengalaman dan rawatan bagi merawat kes teruk coronavirus.

“Kita tidak pernah menyembunyikan maklumat. Kami percaya dengan berkongsi maklumat akan membawa kepada keberkesanan bagi mengawal penularan dan malahan memperbaiki rawatan,” katanya semasa taklimat hariannya di sini, semalam.

Terdahulu minggu ini, dua doktor dari Hospital Rajavithi di Bangkok berkata, mereka menemui satu pendekatan baharu – kombinasi perubatan selsema dan HIV membawa kepada penambahbaikan 48 jam selepas dirawat.

Mereka berkata rawatan itu telah membuktikan bahawa ia menambahbaik keadaan beberapa pesakit di bawah penjagaan mereka.

Sehingga hari ini, Thailand mengesahkan 25 kes coronavirus dengan sembilan telah dapat disembuhkan dan dibenar keluar hospital.

Mengenai gesaan agar melarang pelancong China memasuki negara ini, Anutin berkata, menghalang jangkitan dan langkah kawalan adalah lebih berkesan daripada halangan berkunjung kerana ia tidak mengurangkan jumlah kes berkenaan.

“Bagaimanapun, saya ingin mengulangi bahawa nyawa dan kesihatan orang ramai adalah keutamaan kami,” katanya.

Anutin berkata, kerajaan China telah menyatakan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana menjaga dan merawat dengan baik rakyatnya yang disahkan menghidap coronavirus di negara ini.

Tags: 2019-nCoVASEANcoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd