• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Mahu Menghadap Agong Buktikan Sokongan Majoriti

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mahu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuktikan keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen terhadap beliau.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Presiden PH sebentar tadi, pakatan itu percaya bahawa Anwar telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dari kalangan ahli-ahli Parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda tempoh hari.

“Majlis Presiden PH menyambut baik kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini, serta menjunjung kasih terhadap perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu pelantikan Perdana Menteri.

“Majlis Presiden meletakkan kepercayaan terhadap proses, budi bicara serta kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Istana Negara dalam satu kenyataan sebentar tadi menegaskan Seri Paduka Baginda masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli bagi membentuk kerajaan baharu.

Selain itu, Ahmad Fadil berkata, pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, satu persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan Isnin ini bagi menentukan calon Perdana Menteri selepas pertemuan semua ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong gagal menemui calon yang mempunyai majoriti mudah. – Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenAnwar IbrahimPerdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd