Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kajian Semula Perintah Gaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membuat kajian semula terhadap perintah gaji minimum pada...

GPS Sokong Muhyiddin, Kekal...

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendiriannya untuk menjadi entiti politik Sarawak...

Elizabeth Tan: “Saya Tidak...

SIAPA sangka, rupa-rupanya penyanyi Elizabeth Tan tidak pernah mempunyai minat untuk menjadi penyanyi! Meskipun...

Agong Rasmi Sidang Pertama...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan merasmikan...

AirAsia X Tubuh Jawatankuasa Kaji Dakwaan

KUALA LUMPUR – AirAsia X Bhd. menubuhkan jawatankuasa lembaga pengarah yang terdiri daripada ahli bukan eksekutif, khusus untuk mengkaji semula dakwaan terhadap syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia X berkata jawatankuasa itu akan melaksanakan sebarang langkah yang perlu berdasarkan semakan semula itu termasuk pelantikan pakar bebas.

“Kemas kini mengenai pengumuman itu akan dibuat sebaik sahaja pelantikan itu dimuktamadkan,” kata AirAsia X.

Sementara itu, saham AirAsia X dan syarikat sekutunya, AirAsia Group Bhd. dalam dagangan cergas hari ini selepas merekodkan aliran menurun sebelum ini susulan laporan berita yang mendakwa syarikat penerbangan tambang rendah itu menerima rasuah AS$50 juta daripada pengeluar pesawat, Airbus.

Peningkatan harga saham itu adalah selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan menjual 7.92 juta saham dalam AirAsia.

KWSP bagaimanapun terus memegang 210.4 juta saham mewakili 6.29 peratus kepentingan dalam AirAsia selepas penjualan berkenaan.

Kategori