• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia, AirAsiaX Antara Penerima Rasuah Airbus Dapat Kontrak

oleh
01/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua “eksekutif” syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia dan AirAsiaX disebut dalam dokumen undang-undang yang menyenaraikan contoh rasuah Airbus untuk mendapatkan kontrak melalui orang tengah korup bagi menjual pesawatnya ke seluruh dunia, lapor The Telegraph.

Dokumen itu sebahagian daripada penyelesaian berbilion dolar dengan pihak berkuasa anti-rasuah di Britain, Perancis dan Amerika Syarikat, selepas pembuat pesawat Eropah itu mengakui “kerap merasuh dalam perniagaan antarabangsanya,” lapor akhbar Britain itu hari ini.

Katanya, Airbus menyerahkan lebih 30 juta dokumen kepada penyiasat.

Dalam penyelesaian itu, Airbus bersetuju membayar hampir €1 bilion (RM4.5 bilion) di UK, €2.1 bilion (RM9.5 bilion) di Perancis dan €530 juta (RM2.4 bilion) di AS.

Memetik dokumen dilampirkan kepada penyelesaian itu, The Telegraph melaporkan Airbus membayar AS$50 juta (RM204 juta) dan menawarkan AS$55 juta (RM225 juta) untuk menaja sebuah pasukan sukan yang dikaitkan dengan 2 “pembuat keputusan utama” yang tidak dinamakan di AirAsia dan AirAsiaX.

“Syarikat penerbangan itu menempah 180 pesawat dari Airbus, dengan eksekutif itu disifatkan ‘diberikan ganjaran itu atas pesanan pesawat terbabit’ yang menurut dokumen itu ‘diperolehi melalui pembayaran tidak wajar’,” lapor akhbar itu.

Ia turut memetik satu e-mel daripada seorang eksekutif kepada seorang pegawai kanan Airbus.

“Awak sudah hutang saya 4 juta dan saya dihutang 16 juta keseluruhannya. Ini sepatutnya dibayar bertahun lalu apabila saya membeli 30 pesawat pertama. Saya mahu wang saya,” akhbar itu memetik e-mel berkenaan.

Selain Malaysia, penyelesaian bahagian UK membabitkan dakwaan rasuah di Indonesia, Taiwan, Sri Lanka dan Ghana antara 2011 hingga 2015.

Di Perancis, Airbus didakwa memberi rasuah di 16 negara untuk mendapatkan kontrak daripada syarikat penerbangan, termasuk di Rusia, China dan Taiwan.

FMT sedang menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandes untuk mengulas perkara ini. – FMT

Tags: AirAsiaAirAsia XAirbusrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Albert Tei didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap empat tuduhan memberi suapan RM176,829.03...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd