• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN PH Hilang Keyakinan Terhadap Adly – PAS

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – PAS Melaka mendakwa ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) di negeri ini berminat untuk menyertai blok pembangkang.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, hasrat itu disuarakan setelah melihat kerajaan PH negeri kini tidak menggambarkan keharmonian dan kestabilan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu mereka ada menyuarakan sekiranya gabungan tersebut membawa kebaikan dan manfaat kepada rakyat itu lebih bagus kerana kerajaan yang tidak stabil sudah pasti banyak agenda tidak dapat dilaksanakan.

Katanya, tanpa mendedahkan nama individu terbabit, cadangan mereka untuk bersama blok baharu itu juga setelah hilang keyakinan di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari yang didakwa gagal menyelesaikan banyak isu terutama melibatkan orang Melayu antaranya isu sijil halal hotel dan isu pembuangan kerja anak-anak Melayu.

“Mungkin wakil rakyat yang semangat Melayu rasa dukacita dan beliau (Adly) tak boleh nak mengharmonikan, cuma saya tidak boleh sebut dengan siapa saya bersembang jadi mungkin ada pihak yang melihat perjumpaan saya itu.

“Saya jumpa tak ramai sedangkan ia perjumpaan santai-santai bukan formal, mereka kata dah tak seronok dan mereka berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media laporan polis berhubung penjualan Hotel Tabung Haji (TH) di Balai Polis Batang Tiga di sini malam tadi.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Melaka, Hishammudin Abu Bakar.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, G Rajendran berkata, isu mewujudkan kerajaan campuran baharu Pakatan Nasional didakwa telah lama dibincangkan dan bukannya baharu diperkatakan di negeri ini.

Kamaruddin berkata, usaha gerakan Pakatan Nasional sudah lama menjalar ke bawah dan pihaknya bersikap terbuka tetapi bukan dengan cara melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa namun berlaku dalam kerangka demonstrasi.

Menurutnya, Melaka negeri paling berpotensi untuk mewujudkan pakatan campuran itu selain Kedah dan Perak memandangkan kerusi pembangkang begitu rapat dengan kerusi PH iaitu 13:15 namun segala keputusan peringkat negeri bergantung kepada keputusan PAS Pusat sekiranya berlaku pertukaran kerajaan.

“Saya rasa isu ini nak dinafikan pun tak boleh, tapi kalau kerajaan negeri nak nafikan terpulang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Adly ZahariKetua Menteri Melakapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Tahu Akan Kena Kecam Teruk” – Dayana

Next Post

Ali Puteh Terkilan Kenyataan Kakak Ipar

Related Posts

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

31/03/2023
0

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka...

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

21/09/2022
0

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Perkara...

Next Post

Ali Puteh Terkilan Kenyataan Kakak Ipar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd