• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Maut Kereta Dirempuh Treler

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Polis mengesahkan hanya empat yang maut termasuk seorang bayi lelaki dalam perlanggaran melibatkan kereta dan treler di Km37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dekat Kampung Salak Stesyen, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt. Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata mangsa yang maut ialah anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhri, 28, isterinya Nik Iedayu Nik Hassan, 30, dan bayi lelaki mereka Mohamad Faqih Irsyad berusia 16 bulan.

Turut maut adik Nik Iedayu iaitu Nik Ifieka, 28, manakala seorang lagi anak pasangan tersebut Mohamad Fariz Iskandar, 3, cedera parah dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh.

“Kesemua mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini, awal pagi ini. Terdahulu, bomba melaporkan lima maut dalam kemalangan itu.

Menurutnya, dalam kemalangan kira-kira  10.20 malam itu, sebuah treler muatan bahan binaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar telah terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan di lokasi kejadian.

“Kereta Proton Saga BLM yang dinaiki semua mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi treler sebelum dihempap muatan kenderaan berat itu,” katanya.

Menurutnya, dipercayai semasa kejadian Mohamad Faiz dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan di gerai yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi. 

Mohd Khaizam berkata kesemua jenazah akan dibawa di Kota Bharu, Kelantan untuk dikebumikan, manakala pemandu treler yang berumur 26 tahun ditahan untuk siasatan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Jeffery Abdullah berkata 10 anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 10.25 malam. 

“Setibanya di lokasi kejadian terdapat tiga mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut, manakala dua lagi telah dibawa keluar oleh orang awam. 

“Seorang daripada yang tersepit ialah kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun. Dia ditemukan dalam keadaan sedar dan terperosok di bawah papan pemuka (dashboard),” katanya sambil menambah operasi masih diteruskan untuk mengalih treler yang melintang menutupi jalan menuju ke Ipoh.

Tags: dirempuh trelerkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd