• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Kertas Siasatan Berita Tak Sahih Penularan Koronavirus

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 22 kertas siasatan dibuka di seluruh negara berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di media sosial. 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata daripada jumlah itu, dua kes telah dituduh di mahkamah dengan tiga pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan satu pertuduhan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. 

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Polis menggesa orang ramai untuk menghentikan spekulasi berkenaan siasatan-siasatan yang dijalankan. Sebarang kenyataan ataupun artikel yang berkaitan dengan perkara ini (koronavirus) tidak sewajarnya dimuat naik atau dikongsi di laman sosial dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mohd Roze berkata tindakan menyebarkan kenyataan atau bahan-bahan berkaitan penularan koronavirus dikhuatiri akan mencetuskan suasana tidak harmoni di dalam negara.

“Orang ramai diharap dapat memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dalam menegakkan keadilan dan memeliharan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Tags: 2019-nCoVberita palsukoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

26/07/2023
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan menafikan 'Elaun Madani' akan diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ikuti Mynewshub: Telegram Kementerian itu dalam satu...

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

23/05/2023
0

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak percaya berita palsu dan membuat pembelian panik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd